Maklumat untuk peserta MSTE 2015
Persediaan poster
- Penyediaan poster MSTE 2015 adalah dalam Bahasa Inggeris
- Poster bersaiz standard : 30’ x 40’ iaitu 30 in x 40 in
- Jarak penglihatan bacaan poster sehingga 2 meter
- Mengandungi semua maklumat berkaitan mengikut kategori (knowledge atau innovation)
Persediaan pameran
- Pemasangan poster dan persediaan bahan pameran pada petang Selasa, 25 Ogos 2015 bermula jam 00 petang hingga 9.00 malam di ruang pameran MAEPS
- Maklumat pelan lantai ruang pameran boleh dirujuk di papan maklumat utama berdekatan pintu masuk dewan atau di laman sesawang HIM 2015
- Perlu beri keutamaan kepada bahan pameran yang besar untuk masuk ke ruang pameran terlebih dahulu
- Pameran MSTE 2015 adalah mengikut kategori dan cluster yang dibezakan mengikut warna dan disusun mengikut KOD poster masing-masing.
- Peserta perlu membawa live samples atau bahan pameran bersesuaian (jika berkaitan) dan dokumen sokongan berkaitan IP, publication, letter of intent etc
- Perlu membawa sendiri double sided tape bergred industri (lebih tebal) untuk tujuan pemasangan poster
- Poster dan bahan pameran mesti kekal di booth sehingga tamat Majlis HIM 2015
Persediaan sesi penghakiman
- Sesi penghakiman akan bermula sebaik sahaja Majlis Perhimpunan & Perasmian HIM 2015 tamat iaitu jam 00 pagi hingga 3.30 petang
- Hakim akan datang secara individu dan peserta MSTE 2015 (ketua projek atau kolaborator) mesti sentiasa berada di booth sepanjang sesi penghakiman
- Perlu pastikan setiap hakim menurunkan tandatangan di booth tag (ruangan khas hakim) setelah selesai sesi penghakiman