PENYERTAAN MSTE 2021

MAKLUMAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan A MARDI
  2. Tiada yuran penyertaan
  3. MSTE 2022 akan diadakan secara fizikal di Ibu Pejabat MARDI, Serdang pada 17-20 Oktober 2022
  4. Pendaftaran penyertaan MSTE 2022 perlu dibuat secara atas talian di Portal MSTE 2022: http://maswangi.mardi.gov.my/mste
  5. Kemasukan ke laman sesawang MSTE 2022 menggunakan log masuk dan kata laluan seperti kemasukan ke Anjungnet
  6. Penyertaan adalah terhad kepada DUApermohonan sahaja per individu
  7. Setiap penyertaan mesti menggunakan borang yang berlainan iaitu satu borang untuk satu penyertaan
  8. Abstrak pengetahuan/inovasi tidak melebihi 300 patah perkataan. Penulisan Abstrak ini akan dimasukkan ke dalam buku Hari Inovasi MARDI 2022 (Sila rujuk format yang disediakan).
  9. Peserta juga perlu menghantar Abstrak Lanjutan (Extended Abstract, EA) dengan maksimum 5 mukasurat yang perlu dimuat naik semasa pendaftaran di laman web http://maswangi.mardi.gov.my/mste. EA akan dikompilasikan sebagai satu manuskrip prosidang berwasit.
  10. Penyertaan terbuka kepada penyelidikan/produk baru yang tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan/pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  11. Sekiranya perlu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) Khas akan diadakan bagi memperhalusi semua penyertaan bagi Kategori Inovasi
  12. Pengisian kolaborator perlu lengkap untuk tujuan penyediaan sijil. Pihak sekretariat tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan yang disebabkan oleh pengisian ini.
  13. Setiap penyertaan akan diadili oleh panel hakim bertauliah yang dilantik bagi setiap kluster
  14. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  15. Peserta perlu mempamerkan poster, sampel dan bahan pameran berkaitan di reruai MSTE 2022 masing-masing untuk pembentangan kepada panel hakim. Segala kos penyertaan adalah di atas tanggungan peserta sendiri.
  16. Pembentangan dalam Bahasa Inggerisadalah digalakkan

FORMAT PENULISAN DESKRIPSI PENGETAHUAN / INOVASI

  1. Kategori pengetahuanperlu mengandungi perkara-perkara berikut:
  • Background of study (research gap)
  • Originality of knowledge
  • Highlight of the significant findings
  • Contribution to new scientific knowledge
  • Economic and social impact to the country
  • Usefulness/implication to the industry
  • Potential users and application
  1. Kategori inovasiperlu mengandungi perkara-perkara berikut:
  • Background of study (research gap)
  • Description of technology
  • Novelty of innovation
  • Usefulness of application
  • Economic and social impact to the country
  • Potential users and commercial potentialities
  • Intellectual Property (IP) status (in a process/ filing or granted)

PEMILIHAN PENYERTAAN / SARINGAN

  1. Semua permohonan perlu disemak, dinilai dan diperaku terlebih dahulu oleh Timbalan Pengarah Program dan Pengarah Pusat masing-masing (saringan di peringkat Pusat).
  2. Timbalan Pengarah dan Pengarah Pusat/Ketua Unit perlu memastikan penyertaan berpandukan garis panduan penyertaan sahaja (layak dan berkualiti) sebelum peserta menghantar permohonan atas talian (online) dan diserahkan kepada pihak urus setia.
  3. Timbalan Pengarah dan Pengarah Pusat/Ketua Unit perlu memastikan kedua-dua dokumen abstrak dan abstrak lanjutan (EA) peserta telah dimuat naik di laman web sebelum penyertaan disokong/diperakukan
  4. Sebarang kemusykilan berhubung penyertaan MSTE 2022 boleh dirujuk kepada wakil Pusat/Unit yang dilantik

 SIJIL PENYERTAAN DAN PEMENANG

  1. Setiap penyertaan akan diberikan sijil
  2. Pemenang akan diberikan sijil mengikut anugerah yang dimenangi
  3. Hanya satu sijil sahaja yang akan diberi untuk setiap penyertaan dan kemenangan (tiada salinan kepada kolaborator/ahli kumpulan)
  4. Penyediaan sijil adalah muktamad berdasarkan entri semasa penyertaan. Justeru, sebarang kesilapan (khususnya nama, tajuk dan kolaborator) perlu dielakkan. Sijil baharu tidak akan disediakan untuk sebarang pembetulan.

PANEL HAKIM DAN KEPUTUSAN

  1. Panel Hakim yang dilantik terdiri daripada Pegawai Penyelidik MARDI dan mantan Pegawai Penyelidik MARDI yang mempunyai pengalaman luas dan berkemahiran dalam bidang-bidang berkaitan
  2. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan
  3. Jawatankuasa Penghakiman yang dilantik boleh membuat intervensi keputusan jika perlu dan wajar

Tarikh tutup penyertaan: 15 Julai 2022 (Jumaat)

Sila hubungi Urus Setia MSTE 2022 untuk keterangan lanjut:

Dr. Faridah Salam
Pengarah, Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi
No. Tel. 03-8953 6090
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Dr. Nur Azura Mohd Said

Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi
No. Tel. 03-8953 6092
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Dr. Alizah Zainal

Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi
No. Tel. 03-8953 6089
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.