.

  • Skip to content
  • Jump to main navigation and login

Nav view search

Navigation

Search

Utama KIK
Open menu
  • MSTE
    • Pengenalan
    • Penyertaan
    • Senarai Anugerah Khas MSTESenarai Anugerah Khas MSTE
    • Panduan Penulisan Abstrak
      • Format Abstrak
    • Keputusan Penuh MSTE 2020
    • Buku Abstrak Lanjutan
  • AIM
    • Senarai Anugerah Inovasi MARDI (AIM)
    • Borang dan Syarat Penyertaan AIM
    • Hubungi
  • AUM
    • Pengenalan AUM
  • KIK
    • Pengenalan KIK
|-----| Hari Inovasi MARDI (HIM) 2020 akan diadakan pada 10 - 12 November 2020 |-----|
  • Main Menu
  • UTAMAUTAMA
  • JK HIM 2020JK HIM 2020
  • BUKU HIM 2020BUKU HIM 2020
  •  BUKU KIK & AUM BUKU KIK & AUM
  •  ATUR CARA ATUR CARA
  • KEPUTUSANKEPUTUSAN
  • RUANG PAMERANRUANG PAMERAN
  • GALERIGALERI
  • ARKIBARKIB

PENGENALAN

PENGENALAN HARI INOVASI MARDI 2020

Hari Inovasi MARDI (HIM) merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak tahun 2011 dengan pelbagai program yang dianjurkan seperti Anugerah Inovasi MARDI (AIM), Pertandingan Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE), Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Pertandingan Inovasi Akar Umbi MARDI (AUM).

MARDI Science and Technology Exhibition atau MSTE telah dianjurkan sejak tahun 2005 dan merupakan platform kepada kumpulan pengurusan dan profesional (P&P) MARDI untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dengan mempamerkan penemuan hasil penyelidikan yang telah dijalankan. Pertandingan Inovasi Akar Umbi MARDI (AUM) mula diperkenalkan pada tahun 2014 untuk memberi peluang kepada kumpulan sokongan dan pelaksana MARDI mengetengahkan idea inovasi dan kreativiti mereka.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) merupakan inisiatif dalam perkhidmatan awam yang bermula pada tahun 2010 sebagai usaha untuk menggalakkan kakitangan kerajaan dalam memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap sistem kerja sedia ada.

Anugerah Inovasi MARDI (AIM) adalah pengiktirafan kepada pegawai P&P dan kakitangan MARDI yang telah memberi sumbangan dan mencapai kecemerlangan sepanjang tahun penilaian dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi serta pengkomersialan.

’Safeguarding Malaysia’s Food Sovereignty and Food Security through Innovation’ menjadi tema Hari Inovasi MARDI 2020. Tema ini dipilih bertepatan dengan situasi semasa yang mana MARDI bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berusaha mendaulatkan dan menjaga sekuriti makanan negara  dalam keadaan seluruh dunia sedang dilanda krisis virus COVID-19 agar rakyat Malaysia mendapat bekalan makanan yang cukup dan berkhasiat serta hidup sejahtera.

 

Hakcipta Terpelihara 2020 © Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.
Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang Selangor, Tel +603-8953 6000 | Faks +603-8953 7220
- PENAFIAN -