Muat Turun HIM

Dalam tindakan pengemaskinian

Kumpulan KIK MARDI

KUMPULAN KIK MARDI 2016

Senarai 5 (lima) kumpulan KIK yang bertanding dalam Konvensyen KIK MARDI 2016 yang akan dikendalikan oleh Program Pengurusan Kualiti (CC04), Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti (CC) pada 10 Oktober 2016 (Isnin) bersempena Hari Inovasi MARDI 2016 :

BIL.

KUMPULAN KIK

TAJUK PROJEK

PTJ

1.

D’DIEBACK

Ketua Kumpulan:

Dr. Ganisan A/L Krishnen

Proses Inokulasi Agen Anti-Dieback di Ladang Betik Kurang Efisien

SS

2.

BEYOND INNOVATION

Ketua Kumpulan:

En. Mohamad Yusof b. Hapzah

Kerumitan Proses Pembiakan Tampang Secara Tut

 

HR

3.

KENTOZE

Ketua Kumpulan:

Pn. Norma bt Hussin

Ketiadaan Sungupan Pelbagai Fungi

 

HR

4.

myLR

Ketua Kumpulan:

En. Mohammad Fitri Rimi b. Hamidan

Versi Baru Aset Tangging

AS

5.

SMART-i

Ketua Kumpulan:

En. Mohd Khairil Izani b. Ishak

Kesukaran mengemas kini dan membaca maklumat tumbuhan di Taman Botani

 

ER

Hadiah Konvensyen KIK MARDI

HADIAH KONVENSYEN KIK MARDI 2016

 

HADIAH

HADIAH WANG TUNAI (RM)

TROFI / PLAK

SIJIL

JOHAN

5,000.00

Trofi

Sijil Pemenang

Johan

NAIB JOHAN

3,000.00

Trofi

Sijil Pemenang

Naib Johan

KETIGA

2,000.00

Trofi

Sijil Pemenang

Ketiga

SAGUHATI

-

Plak

Sijil Penyertaan

Pengenalan KIK

PENGENALAN

Pelaksanaan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat MARDI yang diadakan bersekali dengan Hari Inovasi MARDI 2021 adalah berdasarkan saranan Kerajaan melalui  Pekeliling Perbendaharaan Bil.4/2011 yang menyatakan bahawa Konvensyen KIK boleh diadakan sempena sambutan ‘Hari Inovasi’ peringkat Kementerian/Jabatan.

Konvensyen KIK bertujuan untuk mempersembahkan projek KIK dan menilai sejauh mana projek yang dilaksanakan oleh ahli-ahli KIK berpotensi untuk diketengahkan di peringkat Kementerian, Wilayah, Negeri, Kebangsaan dan seterusnya Antarabangsa.

Konvensyen KIK MARDI juga dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan penyertaan warga MARDI dalam memperkenalkan inovasi, penambahbaikan yang dilaksanakan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MARDI kepada pelanggan dan pengurusan di tempat kerja.

Selain itu, KIK juga merupakan prinsip asas yang mengiktiraf staf sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan sebagai forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan. Tambahan pula, ia dapat mengasah kemahiran pengucapan awam, meningkatkan keyakinan diri serta memperbaiki hubungan antara pihak Pengurusan MARDI dengan staf.

Oleh itu, pelaksanaan konvensyen KIK bagi peringkat MARDI masih diteruskan untuk tahun 2021 dan pendaftaran kumpulan baru KIK telah dibuka pada awal tahun ini.  Sebanyak 5 (lima) kumpulan KIK telah berdaftar dan berjaya menjalani Bengkel Latihan & Kefahaman KIK yang diadakan pada 3 hingga 5 Februari 2016 di Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Ibu Pejabat MARDI yang seterusnya melayakkan mereka untuk bertanding dalam Konvensyen KIK Peringkat MARDI Tahun 2021.