Umum MSTE

Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE)

  • Tahun 2022 merupakan penganjuran MSTE 2022 untuk kali yang ke-18 semenjak mula diperkenalkan pada tahun 2005. MSTE merupakan salah satu aktiviti dalam Hari Inovasi MARDI bertujuan untuk memupuk semangat kreativiti dan inovasi di kalangan warga MARDI.
  • Pameran dan pertandingan MSTE menyediakan platform untuk memberi pengiktirafan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) MARDI dalam penyelidikan, selain menjana kreativiti dan pengetahuan dalam cetusan inovasi baru
  • Pencapaian yang cemerlang di peringkat MSTE memberi peluang kepada pegawai untuk menyertai pameran reka cipta dan inovasi bertaraf kebangsaan dan antarabangsa

 

 OBJEKTIF

  • Membentang dan mempamer pencapaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh pegawai MARDI dan memberi pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan pencapaian yang cemerlang
  • Memberi perangsang dan galakan untuk meningkatkan kecemerlangan kreativiti dalam menjana pengetahuan dan inovasi baru selari dengan usaha memajukan R&D sains dan teknologi
  • Menyemarakkan budaya inovasi, reka cipta dan penyelidikan serta menyediakan platform kepada saintis yang cemerlang untuk menyertai pertandingan inovasi dan reka cipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

 KATEGORI PERTANDINGAN

  1. Kategori Pengetahuan

Berasaskan kepada sumbangan dan pencapaian yang signifikan dalam menjana pengetahuan baru hasil daripada dapatan R&D yang dilaksanakan. Antara kriteria-kriteria output pengetahuan yang signifikan:

  1. Pengetahuan baru yang diterbitkan sebagai penulisan saintifik, jurnal berwasit, bab/buku saintifik, manual teknikal dan Standard Operating procedure (SOP)
  2. Informasi berdasarkan bukti (evidence-based information) yang berguna yang diperolehi daripada set-set data untuk digunapakai dalam generasi teknologi/bioinformasi (contoh: penanda gene/molekular yang dikenalpati mempunyai ciri-ciri istimewa seperti rintang penyakit)

 

  1. Kategori Inovasi
  • Berasaskan kepada hasil reka cipta/inovasi asli, mempunyai nilai komersial serta potensi pasaran, pembangunan prototaip (mengikut keperluan), terdapat elemen proof-of-concept(POC) dan sebaik-baiknya telah mendapat perlindungan Harta Intelek (IP)
  • Kategori ini adalah termasuk varieti tumbuhan, baka haiwan, produk pertanian dan agro-makanan, mekanisasi, prototaip dan peralatan
  • Teknologi inovasi juga meliputi teknik-teknik, proses, kaedah dan formulasi yang dibangunkan
  • Teknologi-teknologi ini boleh berfungsi sendiri atau diintegrasi dalam satu sistem yang lengkap

 Sumber: MARDI Research & Development Policy and Guidelines, 2019

KLUSTER DAN KOD

  • Tanaman
  • Ternakan
  • Bioteknologi
  • Nanoteknologi
  • Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi
  • Teknologi Makanan
  • Mekanisasi dan Automasi
  • ICT
  • Sains Sosial, Pemindahan Teknologi dan Ekonomi serta Perkhidmatan Operasi