BUKU KIK & AUM

Akan dikemaskini

BUKU KIK & AUM

Akan dikemaskini

FORMAT PENULISAN DESKRIPSI PENGETAHUAN/INOVASI

  1. Abstrak bagi kategori pengetahuan perlu mengandungi perkara-perkara berikut: 
  • Background of study (research gap)
  • Originality of knowledge
  • Highlight of the significant findings
  • Contribution to new scientific knowledge
  • Economic and social impact to the country
  • Usefulness / implication to the industry
  • Potential users

 

  1. Abstrak bagi kategori inovasi perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
  • Background of study (research gap)
  • Description of technology/innovation
  • Novelty of innovation
  • Usefulness of application to the industry       
  • Economic and social impact to the country
  • Potential users and commercial potentialities

 

 

 

 

 

PENYERTAAN MSTE 2019

MAKLUMAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan A MARDI
  2. Tiada yuran penyertaan
  3. Pendaftaran penyertaan MSTE 2019 adalah secara atas talian di Portal MSTE 2019:
    http://maswangi.mardi.gov.my/mste (klik di sini)
    Kemasukan ke laman sesawang MSTE 2019 menggunakan log-in dan password seperti kemasukan ke Anjungnet
  4. Setiap penyertaan mesti menggunakan borang yang berlainan iaitu satu borang untuk satu penyertaan
  5. Penyertaan adalah terhad kepada DUA permohonan sahaja per individu
  6. Setiap abstrak bagi kategori pengetahuan dan inovasi tidak melebihi 300 patah perkataan
    Sila rujuk format abstrak yang disediakan (klik di sini)
  7. Penyertaan terbuka kepada penyelidikan/produk baru yang tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan/pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  8. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Hari Inovasi MARDI (HIM) akan memperhalusi semua penyertaan bagi Kategori Inovasi
  9. Pengisian kolaborator perlu lengkap untuk tujuan penyediaan sijil. Pihak sekretariat tidak bertanggungjawab atas kesalahan yang disebabkan oleh pengisian ini
  10. Setiap penyertaan akan diadili oleh panel hakim bagi setiap kluster
  11. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad
  12. Kos penyertaan (pameran) adalah di atas tanggungan peserta sendiri
  13. Sampel untuk pameran (live sample), model, video adalah digalakkan untuk dibawa semasa pembentangan kepada panel hakim
  14. Pembentangan adalah dalam Bahasa Inggeris

PEMILIHAN PENYERTAAN

  1. Semua permohonan perlu disemak, dinilai dan diperaku terlebih dahulu oleh Timbalan Pengarah Program dan Pengarah Pusat masing-masing (saringan di peringkat Pusat)
  2. Timbalan Pengarah dan Pengarah Pusat/ Ketua Unit perlu memastikan penyertaan berpandukan garis panduan penyertaan sahaja sebelum peserta menghantar permohonan atas talian (online) dan diserahkan kepada pihak urus setia

 SIJIL PENYERTAAN DAN PEMENANG

  • Setiap penyertaan akan diberikan sijil
  • Pemenang pula akan diberikan sijil mengikut anugerah yang dimenangi
  • Sijil hanya akan diberikan satu sahaja untuk setiap permohonan
  • Penyediaan sijil adalah muktamad berdasarkan entri semasa penyertaan. Justeru, sebarang kesilapan (khususnya nama, tajuk dan kolaborator) perlu dielakkan. Sijil baharu tidak akan disediakan untuk sebarang pembetulan

PANEL HAKIM DAN KEPUTUSAN

  • Panel Hakim dilantik daripada Saintis MARDI dan mantan Pegawai MARDI yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang-bidang yang berkaitan, pernah menyertai pertandingan dalam dan luar negara serta berketerampilan mengenai penilaian dan pemilihan dalam pertandingan seperti ini
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad
  • Jawatankuasa Penghakiman yang dilantik boleh membuat intervensi keputusan jika perlu dan wajar

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 23 OGOS 2019

 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Urus setia MSTE 2019:

1. Dr. Noor Azlina Masdor
    Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi
    No. Tel. 03-8953 6093
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2. Dr. Norliza Abu Bakar
    Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi
    No. Tel. 03-8953 6102
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.