Aturcara Konvensyen KIK MARDI

ATURCARA KONVENSYEN KIK MARDI 2016

 

TARIKH

:

10 OKTOBER 2016 (ISNIN)

TEMPAT

:

DEWAN TAN SRI YUSOF HASHIM, IBU PEJABAT MARDI

 

 

 

 MASA

                             ACARA

 

8.00 pagi

·         Pendaftaran & Ketibaan jemputan

 

8.30 pagi

·         Ucapan aluan

·         Perasmian oleh YBhg Datuk Ketua Pengarah MARDI

 

9.00 pagi

·         Jamuan ringan

·         Persembahan Kumpulan KIK

 

12.30 tgh

·         Penyampaian Hadiah

·         Jamuan tengah hari

 

         

 

 

 

JEMPUTAN :

  • Wakil JPKM
  • Wakil PTJ dan Stesen
  • Fasilitator dan Ketua Kumpulan KIK
  • Ahli kumpulam KIK yang bertanding
  • Wakil KIK dan semua Warga MARDI dijemput

Urus setia / AJK KIK

URUS SETIA / AJK KECIL KONVENSYEN KIK MARDI 2016

Ketua Penyelaras   :  Dr. Ghazali bin Hussin 
Penyelaras   : Nur Haziyah binti Samsudin
    Mohd Zaher bin Mohd Noor
Ahli   : Normah binti Hj. Asran
    Ngali bin Abdul Basir
    Mohd Samsudin bin Mohd Yusoff
    Maria bt Ibrahim
    Abibah bt Mat Amin

 

Hadiah AUM

HADIAH AUM 2016

Tempat Pertama   RM 2000 + Plak + Sijil
Tempat Kedua   RM 1500 + Sijil
Tempat Ketiga   RM 1000 + Sijil
     
Pemenang   Medal Emas, Perak & Gangsa berserta sijil

Pengenalan AUM

Dalam setiap organisasi, semua golongan staf adalah aset bernilai yang turut sama menyumbang kepada fungsi dan objektif organisasi. Di MARDI, staf sokongan merupakan golongan akar umbi yang mempunyai peranan untuk membantu pegawai khususnya Pegawai Penyelidik menghasilkan inovasi bagi menterjemahkan visi dan misi MARDI. Setiap idea dan inovasi yang dihasilkan oleh staf sokongan perlu dihargai kerana gabungan idea inilah yang mencetuskan inovasi besar yang dihasilkan oleh Pegawai Penyelidik dalam bentuk hasil penyelidikan mereka.

Menyedari akan kepentingan ini, pada tahun 2014 beberapa siri Bengkel Inovasi Akar Umbi khusus untuk golongan sokongan telah dilaksanakan buat pertama kalinya. Sebanyak 30 Kumpulan inovasi khususnya daripada Stesen-stesen MARDI telah berjaya dibentuk. Setiap kumpulan telah mengemukakan cadangan projek yang kreatif dan inovatif dan telah dinilai serta diberi penambahbaikan oleh panel. Seterusnya, buat pertama kalinya Anugerah Inovasi Akar Umbi MARDI (AUM) telah diperkenalkan pada tahun 2014 yang merupakan platform khusus bagi golongan akar umbi untuk mengetengahkan idea inovasi dan kreativiti. Anugerah Inovasi Akar Umbi MARDI (AUM) juga secara langsung mengiktiraf idea dan inovasi golongan akar umbi setanding inovasi yang dihasilkan oleh Pegawai Penyelidik.

Pada tahun 2015, sebanyak 18 inovasi telah bertanding dalam AUM 2015 dan 3 inovasi telah diberi pengiktirafan sebagai inovasi terbaik. Adalah menjadi satu kebanggaan bagi MARDI di mana salah satu daripada pemenang ini berjaya dipilih oleh Jawatankuasa Anugerah Inovasi Negara sebagai calon finalis yang bertanding dalam Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2015 bagi Kategori Akar Umbi.

Pada tahun ini AUM sekali lagi diberi penambahbaikan di mana di samping tiga pemenang utama, pemenang lain juga akan dikurniakan pingat iaitu pingat emas, perak dan gangsa serta sijil. Adalah diharapkan AUM akan terus menjadi agenda tetap dalam Hari Inovasi MARDI 2021 bagi mengiktiraf hasil inovasi dan kreativiti golongan akar umbi MARDI.