UMUM MSTE

PENGENALAN
Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE)

  • Salah satu aktiviti Hari Inovasi MARDI sebagai usaha pengayaan kreativiti dan inovasi di MARDI
  • Bertujuan menyediakan platform untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai penyelidik MARDI yang cemerlang dalam pencapaian penyelidikan, kreativiti dalam menjana pengetahuan dan usaha mencetus inovasi baru
  • Pencapaian yang cemerlang di peringkat MSTE akan diberi peluang menyertai pameran reka cipta dan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa 

 OBJEKTIF

  1. Membentang dan mempamer pencapaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh pegawai penyelidik MARDI dan memberi pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan pencapaian yang cemerlang
  2. Memberi dorongan dan galakan untuk meningkatkan kecemerlangan kreativiti dalam menjana pengetahuan dan inovasi baru selari dengan usaha memajukan R&D sains dan teknologi dalam bidang pertanian dan industri makanan
  • Menyemarakkan budaya inovasi, reka cipta dan penyelidikan serta menyediakan platform kepada pegawai penyelidik yang cemerlang untuk menyertai pertandingan inovasi dan reka cipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

 KATEGORI PERTANDINGAN
i. Kategori Pengetahuan

Berasaskan kepada sumbangan dan pencapaian yang signifikan dalam menjana pengetahuan baru hasil R&D yang dilaksanakan. Antara kriteria-kriteria output pengetahuan yang signifikan:

  • Pengetahuan baru yang diterbitkan sebagai penulisan saintifik, jurnal berwasit, bab/buku saintifik, manual teknikal dan standard operating procedure (SOP)
  • Informasi berdasarkan bukti (evidence-based information) yang berguna yang diperolehi daripada set data untuk diguna pakai dalam generasi teknologi/bioinformasi

(contoh: penanda gen/molekular yang dikenalpati mempunyai ciri-ciri istimewa seperti rintang penyakit)

  1. ii. Kategori Inovasi
  • Berasaskan kepada hasil reka cipta/inovasi asli, mempunyai nilai komersial serta potensi pasaran, pembangunan prototaip (mengikut keperluan), terdapat elemen proof-of-concept (POC) dan sebaik-baiknya telah mendapat perlindungan Harta Intelek
  • Kategori ini termasuk varieti tumbuhan, baka haiwan, produk pertanian dan agro-makanan, mekanisasi, prototaip dan peralatan
  • Teknologi inovasi juga meliputi teknik-teknik, proses, kaedah dan formulasi baru; boleh berfungsi sendiri atau diintegrasi dalam satu sistem yang lengkap
  • Sumber: MARDI Research & Development Policy and Guidelines, 2019

KLUSTER

  1. Tanaman
  2. Ternakan
  3. Bioteknologi
  4. Nanoteknologi
  5. Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi
  6. Teknologi Makanan
  7. Mekanisasi dan Automasi
  8. Sains Sosial, Pemindahan Teknologi dan Ekonomi serta Perkhidmatan Operasi