SENARAI ANUGERAH

HADIAH PINGAT DAN SIJIL

  1. Kategori  Pengetahuan (Pingat emas, perak dan gangsa berserta sijil)
  2. Kategori  Inovasi (Pingat emas, perak dan gangsa berserta sijil)

ANUGERAH KHAS BAGI SETIAP KATEGORI

  1. Best Award (Kategori  Inovasi)
  2. Best Award (Kategori  Pengetahuan)
  3. Young Scientist Award (Kategori  Inovasi)
  4. Young Scientist Award (Kategori  Pengetahuan)
  5. Most Innovative Product Award
  6. Most Significant Knowledge Award
  7. Best of The Best Award
  8. Best Presentation
  9. Anugerah MASSA

MAKLUMAT  PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan A MARDI.
  2. Tiada yuran penyertaan;
  3. Pendaftaran penyertaan MSTE 2018 adalah secara dalam talian di Portal MSTE 2018: http://maswangi.mardi.gov.my/msteKemasukan ke laman sesawang MSTE 2018 menggunakan log-in dan password seperti kemasukan ke Anjungnet
  4. Setiap penyertaan mesti menggunakan borang yang berlainan iaitu satu borang untuk satu penyertaan. Penyertaan adalah terhad kepada DUA permohonan sahaja per individu.
  5. Setiap ringkasan/sinopsis pengetahuan/inovasi tidak melebihi 200 patah perkataan. Format Sinopsis diterangkan di bawah.
  6. Penyertaan MSTE 2018 memerlukan tambahan 'Abstrak dua mukasurat'  mengikut format yang dilampirkan (Abstract Guideline). 'Abstrak dua mukasurat' ini perlu dimuatnaik menggunakan capaian pada borang penyertaan atas talian di laman web tersebut
  7. Penyertaan terbuka kepada penyelidikan/produk baru yang tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan/pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  8. Kategori Inovasi perlu membuat pengisytiharan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (JPPI).
  9. Pengisian kolaborator perlu lengkap untuk tujuan penyediaan sijil. Pihak sekretariat tidak bertanggungjawab atas kesalahan yang disebabkan oleh pengisian ini.
  10. Setiap penyertaan akan diadili oleh panel hakim bagi setiap kluster.
  11. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.
  12. Kos penyertaan (pameran) adalah di atas tanggungan peserta sendiri.
  13. Sampel hidup untuk pameran (life sample), model, video adalah digalakkan untuk dibawa semasa pembentangan kepada panel hakim (markah persembahan).
  14. Pembentangan adalah dalam Bahasa Inggeris.

FORMAT SINOPSIS

       1. Kategori pengetahuan perlu mengandungi perkara-perkara berikut: 

  • Background
  • Originality of knowledge
  • Highlight the significant  findings
  • Contribution to new scientific knowledge
  • Economy and social impact
  • Usefulness / implication
  • Potential users
  1.  Kategori inovasi perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
  • Background
  • Description of technology/innovation
  • Novelty of innovativeness
  • Usefulness of application       
  • Economic and social impact
  • Potential users/commercial potentialities

PEMILIHAN PENYERTAAN

  1. Semua permohonan perlu disemak, dinilai dan diperaku terlebih dahulu oleh Timbalan Pengarah Program dan Pengarah Pusat masing-masing (saringan di peringkat Pusat).
  2. Timbalan Pengarah dan Pengarah Pusat/ Ketua Unit perlu memastikan penyertaan berpandukan garis panduan penyertaan sahaja sebelum peserta menghantar permohonan atas talian, online) / diserahkan kepada pihak urus setia

SIJIL PENYERTAAN DAN PEMENANG

  • Setiap penyertaan akan diberikan sijil
  • Pemenang pula akan diberikan sijil mengikut anugerah yang dimenangi
  • Sijil hanya akan diberikan satu sahaja untuk setiap permohonan.
  • Penyediaan sijil adalah muktamat berdasarkan entri semasa penyertaan. Justeru, sebarang kesilapan (khususnya nama, tajuk dan kolaborator) perlu dielakkan. Sijil baharu tidak akan disediakan untuk sebarang pembetulan

PANEL HAKIM DAN KEPUTUSAN

  • Panel Hakim dilantik daripada Saintis MARDI, Felo Penyelidik dan mantan Pegawai MARDI yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang-bidang yang berkaitan, pernah menyertai pertandingan dalam dan luar negara serta berketerampilan mengenai penilaian dan pemilihan dalam pertandingan seperti ini.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  • Jawatankuasa Penghakiman yang dilantik boleh membuat intervensi keputusan jika perlu dan wajar.

Tarikh tutup penyertaan pada 13 Julai 2018 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urus setia MSTE 2018:

Dr. Muhammad Zamharir Bin Ahmad
Pusat Penyelidikan Bioteknologi
No. Tel. 03-8953 6172
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pn. Haryati Binti Mansor
Pusat Penyelidikan Tanaman dan Sains Tanah 
No. Tel. 03-8953 6723
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

En. Mohamad Romainor Bin Manshor
Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan
No. Tel. 06-268 6408
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE)

  • Tahun 2022 merupakan penganjuran MSTE 2022 untuk kali yang ke-18 semenjak mula diperkenalkan pada tahun 2005. MSTE merupakan salah satu aktiviti dalam Hari Inovasi MARDI bertujuan untuk memupuk semangat kreativiti dan inovasi di kalangan warga MARDI.
  • Pameran dan pertandingan MSTE menyediakan platform untuk memberi pengiktirafan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) MARDI dalam penyelidikan, selain menjana kreativiti dan pengetahuan dalam cetusan inovasi baru
  • Pencapaian yang cemerlang di peringkat MSTE memberi peluang kepada pegawai untuk menyertai pameran reka cipta dan inovasi bertaraf kebangsaan dan antarabangsa

 

 OBJEKTIF

  • Membentang dan mempamer pencapaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh pegawai MARDI dan memberi pengiktirafan terhadap komitmen, usaha dan pencapaian yang cemerlang
  • Memberi perangsang dan galakan untuk meningkatkan kecemerlangan kreativiti dalam menjana pengetahuan dan inovasi baru selari dengan usaha memajukan R&D sains dan teknologi
  • Menyemarakkan budaya inovasi, reka cipta dan penyelidikan serta menyediakan platform kepada saintis yang cemerlang untuk menyertai pertandingan inovasi dan reka cipta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

 KATEGORI PERTANDINGAN

  1. Kategori Pengetahuan

Berasaskan kepada sumbangan dan pencapaian yang signifikan dalam menjana pengetahuan baru hasil daripada dapatan R&D yang dilaksanakan. Antara kriteria-kriteria output pengetahuan yang signifikan:

  1. Pengetahuan baru yang diterbitkan sebagai penulisan saintifik, jurnal berwasit, bab/buku saintifik, manual teknikal dan Standard Operating procedure (SOP)
  2. Informasi berdasarkan bukti (evidence-based information) yang berguna yang diperolehi daripada set-set data untuk digunapakai dalam generasi teknologi/bioinformasi (contoh: penanda gene/molekular yang dikenalpati mempunyai ciri-ciri istimewa seperti rintang penyakit)

 

  1. Kategori Inovasi
  • Berasaskan kepada hasil reka cipta/inovasi asli, mempunyai nilai komersial serta potensi pasaran, pembangunan prototaip (mengikut keperluan), terdapat elemen proof-of-concept(POC) dan sebaik-baiknya telah mendapat perlindungan Harta Intelek (IP)
  • Kategori ini adalah termasuk varieti tumbuhan, baka haiwan, produk pertanian dan agro-makanan, mekanisasi, prototaip dan peralatan
  • Teknologi inovasi juga meliputi teknik-teknik, proses, kaedah dan formulasi yang dibangunkan
  • Teknologi-teknologi ini boleh berfungsi sendiri atau diintegrasi dalam satu sistem yang lengkap

 Sumber: MARDI Research & Development Policy and Guidelines, 2019

KLUSTER DAN KOD

  • Tanaman
  • Ternakan
  • Bioteknologi
  • Nanoteknologi
  • Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi
  • Teknologi Makanan
  • Mekanisasi dan Automasi
  • ICT
  • Sains Sosial, Pemindahan Teknologi dan Ekonomi serta Perkhidmatan Operasi

 

SENARAI ANUGERAH INOVASI MARDI (AIM) 2022

BIL.

ANUGERAH

1

ANUGERAH SAINTIS MUDA MARDI

2

ANUGERAH SAINTIS CEMERLANG MARDI

3

ANUGERAH PROJEK PENYELIDIKAN LUAR TERBAIK MARDI

4

ANUGERAH PENULIS PROLIFIK MARDI

5

ANUGERAH PENGKOMERSIALAN TEKNOLOGI TERBAIK MARDI

6

ANUGERAH PEMINDAHAN TEKNOLOGI GUNAAN AWAM TERBAIK MARDI

7

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI (PENYELIDIKAN) TERBAIK MARDI

8

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI (PEMINDAHAN TEKNOLOGI) TERBAIK MARDI

 * PEMENANG AKAN MEMBAWA PULANG HADIAH BERUPA PLAK, SIJIL DAN HADIAH WANG TUNAI.