PENGENALAN

Hari Inovasi MARDI (HIM) merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak 2011. Pelbagai program dianjurkan sempena Hari Inovasi MARDI seperti Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE), pameran dan pertandingan Anugerah Inovasi Akar Umbi MARDI (AUM), pertandingan Anugerah Inovasi MARDI (AIM), Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan seminar intelektual.

Pameran dan pertandingan MSTE telah dianjurkan sejak 2005. Objektif MSTE ialah sebagai platform kepada penyelidik MARDI berkongsi ilmu dan pengalaman serta menunjukkan penemuan hasil penyelidikan yang telah dijalankan. Manakala AUM pula diperkenalkan pada 2014 dan ia melibatkan pameran dan pertandingan inovasi kakitangan sokongan MARDI.

KIK merupakan inisiatif dalam perkhidmatan awam yang bermula pada tahun 2010 sebagai usaha untuk menggalakkan kakitangan kerajaan dalam memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap sistem kerja sedia ada. AIM merupakan penganugerahan kepada penyelidik dan kakitangan MARDI yang telah memberi sumbangan dan mencapai kecemerlangan di sepanjang tahun penilaian dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan.

Selain itu, HIM juga merupakan medan pengiktirafan kepada penyelidik MARDI atas sumbangan dan pencapaian mereka dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tema Hari Inovasi MARDI pada tahun ini ialah Agriculture Transformation, Prosperous Nation adalah berdasarkan hala tuju kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi menjamin bekalan makanan rakyat yang sekali gus menjadikan negara makmur dan sejahtera. Ia juga selari dengan visi MARDI sebagai gedung inovasi agromakanan serta misi MARDI yang memberi fokus utama dalam penjanaan teknologi pertanian untuk kesejahteraan rakyat.

PENYERTAAN MSTE 2020

PENYERTAAN MSTE 2020
MAKLUMAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan A MARDI
  2. Tiada yuran penyertaan
  3. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan A MARDITiada yuran penyertaanPendaftaran penyertaan MSTE 2020 adalah secara atas talian di Portal MSTE 2020:http://maswangi.mardi.gov.my/mste
    Kemasukan ke laman sesawang MSTE 2020 menggunakan log masuk dan kata laluan seperti kemasukan ke Anjungnet
  4. Penyertaan adalah terhad kepada DUApermohonan sahaja per individu
  5. Setiap penyertaan mesti menggunakan borang yang berlainan iaitu satu borang untuk satu penyertaan
  6. Setiap deskripsi pengetahuan/inovasi tidak melebihi 300 patah perkataan (Sila rujuk format yang disediakan)
  7. Penyertaan terbuka kepada penyelidikan/produk baru yang tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan/pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  8. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Hari Inovasi MARDI (HIM) akan memperhalusi semua penyertaan bagi Kategori Inovasi
  9. Pengisian kolaborator perlu lengkap untuk tujuan penyediaan sijil. Pihak sekretariat tidak akan bertanggungjawab atas kesalahan yang disebabkan oleh pengisian ini
  10. Setiap penyertaan akan diadili oleh panel hakim bagi setiap kluster
  11. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad
  12. Kos penyertaan (pameran) adalah di atas tanggungan peserta sendiri
  13. Sampel untuk pameran (live sample), model, video adalah digalakkan untuk dibawa semasa pembentangan kepada panel hakim
  14. Pembentangan adalah dalam Bahasa Inggeris

FORMAT PENULISAN DESKRIPSI PENGETAHUAN/INOVASI

  1. Kategori pengetahuan perlu mengandungi perkara-perkara berikut: 
  • Background
  • Originality of knowledge
  • Highlight of the significant findings
  • Contribution to new scientific knowledge
  • Economy and social impact
  • Usefulness/implication
  • Potential users and application
  1. Kategori inovasi perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
  • Background
  • Description of technology
  • Novelty of innovativeness
  • Usefulness of application       
  • Economic and social impact
  • Potential users/commercial potentialities

PEMILIHAN PENYERTAAN

  1. Semua permohonan perlu disemak, dinilai dan diperaku terlebih dahulu oleh Timbalan Pengarah Program dan Pengarah Pusat masing-masing (saringan di peringkat Pusat)
  2. Timbalan Pengarah dan Pengarah Pusat/Ketua Unit perlu memastikan penyertaan berpandukan garis panduan penyertaan sahaja sebelum peserta menghantar permohonan atas talian (online) dan diserahkan kepada pihak urus setia

SIJIL PENYERTAAN DAN PEMENANG

  • Setiap penyertaan akan diberikan sijil
  • Pemenang akan diberikan sijil mengikut anugerah yang dimenangi
  • Sijil hanya akan diberikan satu salinan sahaja untuk setiap permohonan
  • Penyediaan sijil adalah muktamad berdasarkan entri semasa penyertaan. Justeru, sebarang kesilapan (khususnya nama, tajuk dan kolaborator) perlu dielakkan. Sijil baharu tidak akan disediakan untuk sebarang pembetulan

PANEL HAKIM DAN KEPUTUSAN

  • Panel Hakim yang dilantik terdiri daripada Pegawai Penyelidik MARDI dan mantan Pegawai Penyelidik MARDI yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang-bidang yang berkaitan, pernah menyertai pertandingan dalam dan luar negara serta berketerampilan mengenai penilaian dan pemilihan dalam pertandingan seperti ini
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad
  • Jawatankuasa Penghakiman yang dilantik boleh membuat intervensi keputusan jika perlu dan wajar

Tarikh tutup penyertaan: 14 Ogos 2020
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia MSTE 2020:

  • Noor Azlina Masdor
    Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi
    No. Tel. 03-8953 6093
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Nur Azura Mohd Said
    Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi
    No. Tel. 03-8953 6092
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

BUKU KIK & AUM

Akan dikemaskini