PENGENALAN

PENGENALAN HARI INOVASI MARDI 2022

 Hari Inovasi MARDI(HIM) merupakan acara tahunan MARDI yang telah diadakan sejak tahun 2011melibatkan aktiviti-aktiviti dalamansepertiPertandingan Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE), Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)danPertandingan Inovasi Akar Umbi MARDI (AUM), Pencalonan Anugerah Inovasi MARDI (AIM), Pelancaran Produk / Teknologi / Buku Ilmiah MARDI serta Seminar & Forum.

 MARDI Science and Technology Exhibition atau MSTE telah dianjurkan sejak tahun 2005dan merupakanplatform kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) MARDI untuk berkongsi ilmu, pengetahuandankepakarandengan mempamerkan penemuan output penyelidikan yang telah dihasilkan. Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pula merupakan inisiatif dalam perkhidmatan awam yang bermulasejak tahun 2010 sebagai usaha kerajaan menggalakkan kakitangan menyumbang inovasi dan membuat penambahbaikan berterusan terhadap sistem kerja sedia ada secara berpasukan. Manakala,Pertandingan Inovasi Akar Umbi MARDI (AUM) diperkenalkanpada tahun 2014 khusus kepada kumpulan sokongan dan pelaksana MARDIbagi mengetengahkan idea inovasi dan kreativiti bagi menyokong R&D yang dihasilkan oleh pegawai penyelidik.

 Anugerah Inovasi MARDI (AIM)adalah satupengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian cemerlang kakitangan MARDI yang telah memberi sumbangan yang signifikan kepada Institut sepanjang tahun penilaian dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi, pemindahan teknologi serta pengkomersialan. Anugerah ini diharap dapat memberi perangsang dan galakan kepada seluruh warga Institut untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan kualiti kerja yang terbaik.

 Tema HIMpada tahun ini ialah “R&D Memperkasa Sekuriti Makanan”.Tema ini dipilih selaras dengan situasi masa kini di mana dunia global termasuk Malaysia berhadapan dengan krisis pengeluaran makanan, import eksport dalam dan luar negara akibat daripada pemulihan post-COVID19, peperangan negara luar dan sebagainya. Impaknya, sekuriti makanan dalam negara semakin terancam dan sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti industri pertanian dan makanan. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia bersama-sama kementerian berkaitan termasuklah MARDI sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan sekuriti makanan negara terjamin perlu bertindak agresif bagi memastikan rakyat dapat menikmati makanan asas yang mencukupi.MARDI sebagai satu-satunya institusi penyelidikan yang menerajui bidangpertanian dan agro-makanan harus peka dan bertindak sebagai peneraju inovasi agroteknologimelalui usaha giat R&D bagi memastikan sumber bekalan makanan tidak terjejas, kekal relevandanterusberkembang sebagai salah satu cara menjamin sekuriti makanan negara.